Sunday, May 25, 2008

Isu: Subsidi Produk Petroleum..


Mungkin ada yang terlupa bahawa 24hb - 29hb Mei merupakan Minggu Tenaga 2008 bagi negara kita, Negara Brunei Darussalam.. Sebahagian dari aktiviti yang diadakan oleh Bahagian Tenaga & Unit Petroleum, Jabatan Perdana Menteri sempena Minggu Tenaga 2008 ialah Kempen Kesedaran Subsidi bagi Produk Petroleum Terkawal (Gasolin dan Diesel)..
Sebagai rakyat, kita sudah seharusnya bersyukur dengan bantuan subsidi yang telah diberikan oleh Kerajaan terutamanya bagi Produk Petroleum Terkawal (Gasolin dan Diesel)..

Seperti yang diketahui bersama, kos pengeluaran produk petroleum dipengaruhi oleh harga pasaran minyak mentah dan ia memberikan kesan pada jumlah subsidi Kerajaan.. Berdasarkan harga pasaran minyak mentah yang kini semakin meningkat, jumlah subsidi Kerajaan pun turut meningkat..

Sesuatu yang patut diketahui bersama adalah fakta bahawa subsidi yang ditanggung oleh itu membolehkan kita mendapatkan harga pam yang terendah di rantau ASEAN.. Kita seharusnya bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Kerajaan ini..

Fakta:

1. Gasolin:
Subsidi: B$0.49 seliter
Harga Pam: B$0.53 seliter
Harga Pasaran: B$1.02 seliter

2. Diesel
Subsidi: B$0.67 seliter
Harga Pam: B$0.31 seliter
Harga Pasaran: B$0.98


Daripada kadar yang diberikan di atas, nyata sekali bahawa sebahagian besar dari kos penggunaan Gasolin dan Diesel ini sebenarnya ditanggung oleh Kerajaan dalam bentuk subsidi.. Subsidi 48% dan 68% dari harga pasaran bagi Gasolin dan Diesel..

Pada tahun 2007 sahaja, Kerajaan telah menanggung subsidi sebanyak B$202 juta bagi Gasolin dan Diesel.. Jumlah ini adalah yang tertinggi sejak subsidi produk pertroleum diperkenalkan pada tahun 1978..

Sebenarnya jumlah subsidi yang ditanggung oleh Kerajaan sebanyak B$202 juta ini boleh digunakan untuk membantu Kerajaan dalam membangun beberapa projek pembangunan negara seperti 12 buah sekolah, 20 buah pusat kesihatan, 2280 buah rumah kos rendah, 170km jalanraya baru, 100000 buah komputer bagi kegunaan sekolah dan membiayai biasiswa bagi 1400 orang penuntut untuk mengikuti kursus ijazah pertama di luar negara..

Jumlah subsidi ini akan dapat dikurangkan jika sekiranya kita selaku masyarakat pengguna secara kolektif dapat mengurangkan penggunaan Gasolin dan Diesel yang semakin meningkat..

Jumlah penggunaan produk petroleum ini dapat dikurangkan melalui cara-cara berikut:

- Kurangkan penggunaan alat hawa dingin kenderaan
- Memperlahankan pecutan ketika memandu bagi menjimatkan bahan bakar
- Matikan enjin kenderaan ketika berhenti, walaupun untuk seketika sahaja
- Rancang perjalanan dengan bijaksana (sebolehnya gunakan basikal atau berjalan kaki)

Bersyukurlah atas bantuan subsidi yang telah diberikan oleh Kerajaan.. Tanpa subsidi ini, pasti gaya dan cara hidup masyarakat akan berubah.. Terima kasih atas subsidi yang diberikan..

Rumusan:


Subsidi yang diberi oleh Kerajaan membolehkan masyarakat ditawarkan dengan harga pam yang murah.. Itu merupakan sesuatu yang positif.. Akan tetapi, impak bagi harga pam yang murah ini ialah kemungkinan berlakunya pembaziran dan kes seludup produk petroleum..

Sudah sewajarnya, Kerajaan negara memberi perhatian terhadap kedua-dua faktor ini..

Updated:

Bermula dari Oktober 2007, semua kenderaan yang tidak bertafdar di negara ini adalah terhad pada pembelian maksima bernilai B$6 bagi Diesel dan B$10 bagi Gasoline..


Fakta-fakta diperolehi dari lelaman dan brosur rasmi Bahagian Tenaga & Unit Petroleum, Jabatan Perdana Menteri..

No comments: