
Courtesy of naimaramzi
Tadi Hanna, Dieja dan saya telah bersepakat untuk mencuba sebuah restoran yang baru sahaja dibuka awal bulan ini.. Sebenarnya, sudah lama saya berkeinginan untuk merasakan sendiri sajian yang ditawarkan oleh restoran tersebut..
Banyak juga cerita-cerita mengenai restoran tersebut dan kesemuanya menyatakan bahawa restoran tersebut menawarkan sajian nasi lemak yang amat menyelerakan.. Apabila melihat perubahan yang telah dilakukan oleh pemilik restoran tersebut, saya berpendapat bahawa ia merupakan sebuah tempat yang nampak berbaloi untuk dicuba.. Kecenderungan untuk mencuba restoran tersebut juga disebabkan ingin memberikan sokongan kepada pemilik blog yang sering saya kunjungi iaitu pasangan Ramzi dan Naima.. "beh, ambilkan tu"..
Bahkan teman blog saya, Marriz juga sudah sering kali menyarankan saya untuk mencuba sendiri keenakkan nasi lemak di restoran tersebut..
Baiklah, kira-kira jam 8.15 malam kami memulakan langkah pertama ke restoran tersebut.. Langkah demi langkah diteruskan dan pencarian tersebut tidak mengambil masa yang lama.. Ehehehe (saja kn buat suspen)..
Semasa melabuhkan punggung ke kerusi yang disediakan, segera kehadiran kami disambut oleh Ramzi.. Menu hidangan yang disediakan menarik perhatian kami.. Merujuk pada menu hidangan tersebut memang benar seperti yang telah diperkatakan ramai bahawa restoran ini menyajikan hidangan pada kadar yang pada saya, amat berpatutan..

Walaupun restoran ini menawarkan menu yang agak terhad, tetapi di dalam keterhadan tersebut bolehlah dikatakan bahawa pemilik restoran tesebut amat mengutamakan kepuasan para pelanggan adalah terjamin..
Sebagai percubaan kami memilih untuk mencuba Nasi Lemak Special dan Ikan Bakar yang mereka tawarkan..
Ulasan bagi Nasi Lemak Special:

Susun atur nasi lemak tersebut agak menarik di atas piring hijau yang tidak kurang menariknya..
Rasa? Dari aspek rasa, saya mempunyai pendapat tersendiri dan saya akui bahawa pendapat saya ini pun agak berbelah bahagi..
Nasi lemaknya sungguh enak.. Ia terasa tidak terlalu lemak.. Baik bagi mereka yang mementingkan kesihatan mereka..
Ayam goreng yang lazat dengan potongan yang sederhana.. Amat berbaloi dengan harga yang dikenakan kepada para pelangan..
Akan tetapi saya agak kurang mengemari daging yang disediakan.. Ia agak terlalu berempah.. "its too spicy".. Mungkin sesuatu boleh dilakukan oleh pemilik restoran tersebut bagi aspek ini..
Ulasan bagi Ikan bakar:
Ikan bakar tersebut datang di dalam foil.. Saya tidak perlu mengulas lebih panjang mengenai ikan bakar kerana saya pasti ia dapat diungkapkan dengan satu perkataan iaitu: "NYAMAN!!"

Secara keseluruhannya bolehlah saya katakan pengalaman makan di restoran tersebut merupakan satu pengalaman yang baik.. Mengapa? Hanya di restoran ini anda dapat menikmati makanan sedap pada kadar yang amat murah.. Sungguh berbaloi!!
Besar kemungkinan saya akan berkunjung lagi ke restoran tersebut dalam masa yang terdekat ini..
Apakah restoran tersebut?
Simply Shaz Cafe and Restaurant..
No comments:
Post a Comment