Monday, May 26, 2008

Merokok??

Secara purata, tidak keterlaluan untuk saya mengatakan bahawa hampir semua penduduk negara ini mengetahui dan menyedari mengenai kesan samping dari tabiat merokok.. Tetapi apa yang menyedihkan ialah kesedaran tersebut tidak mendorong mereka (si perokok) untuk meninggalkan tabiat tersebut..

Lebih menyedihkan lagi apabila mereka (si perokok) ini tidak mempedulikan tanda-tanda amaran dilarang merokok termasuklah merokok di tempat awam..

Alhamdullilah, Kerajaan negara kita melalui Kementerian Kesihatan telah mengambil inisiatif untuk memperketatkan kawalan merokok.. Banyak yang telah dirancangkan dan semua perancangan ini InsyaALLAH akan mula diperkuatkuasakan bermula dari 1hb Jun 2008..

Antara yang paling menarik perhatian saya ialah, denda sebanyak B$1000 akan dikenakan kepada mereka yang merokok di tempat awam..

Penguatkuasaan ini bukan hanya melibatkan para penguna (perokok) itu sendiri malah peniaga/penjual rokok pun turut terlibat..

Secara peribadi saya menyambut baik akan inisiatif Kementerian Kesihatan untuk mengurangkan kadar perokok di negara kita ini.. Diharapkan agar penguatkuasaan ini akan dapat dilaksanakan secara total..

Kita ada undang-undang dan akta-akta yang boleh digunakan sebagai garis pandu.. Akan tetapi semua ini tidak akan bermakna tanpa adanya penguatkuasaan..

Ingin saya akhiri dengan serangkap pantun:

Sebilah parang dibawa ke hutan,
Pergi ke hutan tiada berteman,
Tambahan akta tidak diperlukan,
Penguatkuasaan itulah jawapan..

No comments: