Saturday, May 31, 2008

Kesederhanaan Di Pelbagai Aspek..


Keprihatinan Pemerintah Negara amat saya kagumi.. Baginda telah berangkat menunaikan sembahyang fardhu Jumaat di Masjid Kg. Bunut..

Antara lain yang telah disentuh di dalam khutbah kelmarin ialah nasihat yang berbentuk peringatan untuk mengamalkan sifat bersederhana di dalam perlbagai aspek kehidupan samada di dalam bentuk kewangan, tenaga minyak, gas mahupun elektrik.. Keserhanaan inilah yang akan dapat menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan ekonomi negara..

Selaku rakyat, kita sudah seharusnya berasa bersyukur dengan limpahan nikmat yang telah dikurniakan dan nikmat ini hendaklah digunakan secara berkhemat dengan tujuan untuk mengurangkan pembaziran pengunaan tenaga tersebut..

Penjimatan bukan hanya perlu dipraktikkan bagi penggunaan tenaga sahaja bahkan penjimatan juga diperlukan ketika berbelanja.. Disamping itu, isu pembayaran juga diketengahkan di dalam khutbah tersebut..

Semua pembayaran haruslah dilaksanakan secepat yang mungkin untuk menghindarkan diri kita daripada menanggung bebanan hutang yang banyak.. Untuk ingatan bersama, hutang-hutang wajib dilunaskan walaupun atas alasan kematian.. Di dalam keadaan tersebut, sudah menjadi tanggungjawab keluarga si mati untuk melunaskan hutang-hutang tersebut..

Satu-satunya jalan bagi kita mengatasi virus pembaziran ini ialah dengan menyambut seruan negara bagi mengamalkan sifat bersederhana di dalam pelbagai aspek kehidupan.. Tiada yang lebih bermakna dalam hidup ini daripada mengurangkan aktiviti pembaziran..

Saya akhiri kalam saya dengan Firman Allah s.w.t:

"Allah benci pada mereka yang berlebih-lebihan (melakukan pembaziran)"

"Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya"

No comments: