Dewasa ini, penggunaan bahasa Melayu seakan-akan semakin terpinggir.. Sukar bagi kita untuk melihat bahan penulisan yang benar-benar menjurus pada bahasa Melayu itu sendiri dan ini menyebabkan generasi belia untuk cenderung menggunakan bahasa asing.. Tidak keterlaluan untuk saya katakan bahawa, kini bahasa Melayu hanyalah bersifat alternatif sahaja..
Bukti yang paling jelas dan dekat pada diri kita ialah lelaman 'blog' ini sendiri.. Majoriti besar 'blog-blog' ini menggunakan bahasa asing yang lazimnya merupakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dalam penulisan..
Banyak aktiviti yang telah diungkayahkan oleh agensi-agensi yang berkenaan demi mengangkat semula nilai bahasa Melayu dan semua ini diharapkan akan dapat menyerapkan penggunaan bahasa Melayu secara berterusan terutamanya di kalangan para belia..
Kesilapan pertama:
Barang yang telah dihasilkan tidak dapat menapung kemahuan pengguna yang tidak terkawal untuk membeli dan memiliki barangan tersebut..
Perkataan menapung itu seharusnya menampung..
Kesilapan kedua:
Justeru itu, para pengusaha menaikan harga barang-barang untuk menurunkan kadar kemahuan pengguna dalam membeli produk-produk yang ada dipasaran.
Perkataan dipasaran itu seharusnya di pasaran..
Oh.. Lady telah menyedari kesilapan ketiga iaitu padaperkataan "kesemua", haruslah ada jarakkan.. "ke semua"..
Semua ini hanyalah sebagai bahan intellektual perbincangan.. Lady, tahniah usaha yang giat dalam penulisan dalam bentuk bahasa Melayu..
No comments:
Post a Comment