Kesilapan dalam pengunaan perkataan yang betul dalam suatu ayat memang sering terjadi.. Kesilapan ini berlaku samada secara senghaja atau tidak, Dilakukan dalam sedar mahu pun tidak..
Sebenarnya apa yang ingin saya ketengahkan di dalam 'posting' saya kali ini ialah isu kesilapan dalam pengunaan perkataan yang betul dan dalam membincangkan isu tersebut, 'posting' ini akan menyentuh mengenai penggunaan perkataan 'ungkayah'..
Perkataan 'ungkayah' ini sebenarnya mempunyai pelbagai maksud dan ia bergantung pada struktur ayat tersebut.. Pada satu situasi, perkataan 'ungkayah' ini merujuk pada 'usaha' dan pada situasi yang lain ia membawa maksud 'laksana'..
Contoh ayat bagi pengunaan perkataan 'ungkayah' ini ialah seperti berikut:
Contoh ayat pertama:
"diharapkan agar usaha seperti ini akan terus diungkayah dan dipergiatkan"
Pada ayat tersebut, perkataan 'ungkayah', membawa maksud 'laksana'..
Contoh ayat kedua:
"dalam ungkayah ke arah menyediakan prasarana persiapan ini"
Pada ayat yang di atas, perkataan 'ungkayah' merujuk pada perkataan 'usaha'..
Baru-baru ini saya menyedari akan kesilapan pengunaan perkataan 'ungkayah' di sebuah laman blog yang sering saya lawati..
Merujuk pada blog tersebut:
"Lagipun, waktu cuti ni lady bakal menghadiri kelas-kelas yang telah diungkayahkan oleh pihak sekolah demi membantu dan memberi pengajaran yang lebih efektif dan efisyen"..
Komen saya:
"bakal menghadiri kelas-kelas yang telah diungkayahkan".. Perkataan "bakal menghadiri" dan "telah diungkayahkan" adalah dua perkara yang saling berlawanan atau kontradik..
Bagaimana mungkin, ia terjadi?
Senario bagi ayat tersebut ialah seperti saja keinginan untuk menghadiri suatu majlis, sedangkan majlis tersebut sudah terjadi.. Ia sesuatu yang mustahil..
Mungkin apa yang ingin disampaikan ialah "dirancangkan" atau "diaturkan"..
Kesilapan ini boleh dielakkan di masa akan datang..
Respon dari si penulis (sebahagian dari respon asal telah diubah, untuk respon asal pergi pada ruangan komen):
"telah diungkayahkan bermaksud telah dirancang.. Untuk makluman bersama, semua pelajar perlu menghadiri kelas yang sudah dirancang 3 bulan yang lalu dan kelas tersebut akan terus diadakan sepanjang musim cuti persekolahan ini.. Oleh itu, saya bakal menghadiri kelas yang telah lama dirancang dan dijalankan tersebut..
Dari respon tersebut saya faham apa yang sebenarnya ingin dikatakan oleh si penulis.. Kelas tersebut telah dirancang dan sedang giat dijalankan semenjak 3 bulan yang lalu..
Masih saya rasakan pengunaan 'telah diungkayahkan' pada kelas tersebut adalah satu kesilapan.. Jika ia 'telah diungkayahkan', sudah seharusnya ia 'telah terlaksana' dan jika ia 'telah terlaksana', maka ia tak perlu lagi dijalankan..
Saya sarankan pengunaan 'telah dirancangkan' atau 'telah diaturkan' digunakan menggantikan perkataan 'telah diungkayahkan'..
Semua ini adalah sebagai bahan ilmiah semata-mata..
No comments:
Post a Comment